Friday, 18 October 2013

Kepentingan Antioksida Yang Wajib Kita Tahu

Apakah kaitan antioksida dan radikal bebas?

Sebelum kita fahami apakah yang dimaksudkan antioksida dan keperluanya, mari kita ketahui sedikit mengenai apa yang dikatakan radikal bebas.

Radikal bebas ialah bendasing yang wujud didalam sel-sel badan kita disebabkan oleh proses pengoksidanan semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Radikal bebas juga terhasil disebabkan oleh cara kehidupan yang tidak sihat dan terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih seperti pemakanan tidak seimbang (Makanan berlemak, bergoreng, hangus), Bahan Kimia Toksik (Racun Serangga, dll), asap rokok, bahan awet, tekanan emosi(stress) dan sebagainya.
Lama-kelamaan radikal bebas ini akan wujud secara berlebihan didalam badan kita yang akan membentuk toksik dan tanpa disedari memulakan tindak balas berantai secara mutasi yang akan memudaratkan sel-sel lain. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik diantaranya kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, alzheimer(nyanyuk), strok dan lain-lain lagi.

Untuk melawan radikal bebas ini, kita memerlukan ANTI-OKSIDAN. Cara untuk meningkatkan anti oksidan di dalam badan kita ialah makan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apakah yang dinamakan antioksida?

Antioksida merupakan kandungan yang semulajadi yang didapati di dalam sesetengah makanan. Ia menghalang proses pengoksidaan dengan membantu meneutralkan radikal bebas di dalam badan kita. Antioksida memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan kesihatan kita secara keseluruhan kerana kita sentiasa terdedah terhadap radikal bebas setiap kali bernafas.


Bagaimana untuk mendapatkan antioksida?

Sumber terbaik antioksida ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga boleh juga didapati dari produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Beberapa pilihan antioksida yang baik seperti blueberry, raspberry, epal, brokoli, terung, bayam dan beberapa jenis kacang. Minuman seperti teh hijau, teh hitam dan coklat gelap mengandungi antioksida yang tinggi. Biasanya antuoksida yang terdapat di dalam makanan diklasifikasikan mengikut warna makanan tersebut. Oleh itu, sangat penting untuk kita makan pelbagai warna buah-buahan dan sayuran di dalam diet harian kita untuk mendapatkan khasiat antioksida yang lebih baik.



Antara memakan mentah atau memasaknya, yang mana lebih baik?

Ianya bergantung kepada jenis makanan tersebut, suhu atau kaedah memasak kadangkala boleh meningkatkan atau menurunkan tahap antioksida. yang paling penting anda makan makanan yang kaya dengan antioksida. Sediakannya mengikut kegemaran asal tidak menggorengnya dengan minyak yang banyak atau deep frying.

Adakah antioksida yang ditambah ke dalam makanan mepunyai efektif yang sama dengan yang semulajadi?

Jawapannya ialah ya! vitamin seperi C, A dan E boleh ditambah ke dalam makanan. Tiada perbezaan kesan psikologi yang signifikan diantara antioksida yang ditambah dengan yang semulajadi. Namun begitu, perlu mengambil suplemen mengikut keperluan yang telah ditetapkan supaya tidak melebihi keperluan harian. 

No comments:

Post a Comment