Buah anggur merupakan antara buah-buahan yang popular dengan khasiat dan kelazatannya. Boleh dimakan begitu sahaja mahupun dibuat jus. Di pasaran, anda boleh memilih untuk membeli buah anggur yang berbiji ataupun tidak mengikut kesukaan. Disebalik rasa nya yang sedap, biji anggur kaya dengan khasiat yang baik untuk pelbagai sudut kesihatan kerana ianya merupakan ejen antioksida yang tinggi.
Antara 10 kebaikan utama ekstrak biji anggur (grape seed oil) :
- Menyingkirkan radikal bebas.
- Mengurangkan keradangan (inflammatory).
- Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
- Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
- Mencegah masalah kelenjar prostat.
- Melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.
- Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
- Membantu fungsi sistem saraf otak.
Khasiat ekstrak biji anggur (grape seed)
Ekstrak biji anggur mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamkan polyphenols. Polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih oligomere proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrien yang lain. Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan.
Apakah itu OPC?
- OPC merupakan antioksida yang utama dan penting.
- Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif.
- Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada vitamin E dan 18 kali lebih kuat daripada vitamin C
- Menghalang daripada radikal-radikal bebas yang merosakkan sel.
OPC merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat dalam biji anggur. Ia diklasifikasikan dalam kumpulan polyphenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi yang tidak bertoksik. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kolagen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. malah ia 50 kali leih vitamin E dan 18 kali lebih berkesan berbanding vitamin C. Mengikut kajian, OPC paling banyak didapati dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna. Kadar dos harian yang sesuai ialah antara 100 hingga 150 mg sehari.
Kebaikan lain yang boleh didapati dengan ekstrak biji anggur :
- Berupaya menurunkan kadar LDL kolesterol.
- Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
- Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
- Pemangkin kepada tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.
- Menghalang pembengkakan dan keradangan.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang menghampiri menopous.
- Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
- mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
- Amat sesuai untuk ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.
- Bertindak sebagai antibakteria, antivirus, antikanser dan pelindung kepada alahan.
- Berfungsi sebagaiu penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kalipari darah.
Bagi anda yang inginkan khasiat biji anggur dengan mudah dan efektif, KAPSUL GRAPE C-E PLUS 50 mg GIFFARINE memberikan anda khasiat biji anggur yang anda perlukan!
[label berkaitan : Antioksida]
[label berkaitan : Antioksida]
No comments:
Post a Comment