[1] Apakah yang dinamakan healing crisis?
Bukan lah perkara yang luar biasa bagi sesetengah individu mengalami beberapa reaksi yang tidak selesa ketika mula mengambil suplemen semulajadi. Ini dinamakan proses healing crisis atau krisis penyembuhan dimana mengakibatkan individu tersebut mengalami sindrom seperti sakit kepala, mengantuk, cirit-birit, perut kembung, jerawat, berpeluh, sakit otot dan sendi dan pelbagai lagi reaksi lain.
[2] Apakah yang berlaku semasa proses healing crisis?
Healing crisis merupakan proses yang normal kerana pada masa ini, toksik yang banyak sedang dikeluarkan oleh badan. Terma perubatan bagi healing crisis ialah herxheimer reaction. Ia terjadi apabila sel-sel melepaskan toksik ke dalam sistem aliran darah, akan tetapi organ penyingkiran toksik yang terlibat seperti kulit, paru-paru, hati, buah pinggang, usus dan GI tract tidak mampu untuk menyingkirkannya dengan cepat. Jadi, toksik tersebut yang terkumpul sebelum dapat dikeluarkan, menyebabkan pelbagai reaksi negatif seperti pening, mual, demam, koordinasi tidak seimbang dan sebagainya. Sistem badan juga bekerja lebih keras pada ketika ini menyebabkan seseorang merasa mudah letih dan mengantuk.
[3] Adakah healing crisis semulajadi dan sihat?
Prose healing crisis merupakan sebuah proses yang semulajadi dan unik bagi setiap individu. Kebanyakannya akan mengalami simptom yang ringan, namun ada juga terdapat beberapa kes yang lebih berat. Sangat penting untuk kita memahami bahawa situasi ini hanya sementara dan akan berkurang apabila badan semakin mampu untuk menyingkirkan toksik dengan efektif. Kebiasaannya simptom ini berlaku dalam masa 2 hingga 3 hari, namun terdapat kes yang terpencil dimana ia berlarutan sehingga beberapa minggu. Lebih banyak toksik di dalam seseorang mungkin lebih berat simptom yang akan dialaminya.
[4] Bagaimana cara mengatasi healing crisis?
- Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksik maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksik tersebut.
- Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksikkeluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
- Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksik, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksik.
- Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksik dan mengeluarkannya.
- Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang amat di perlukan badan.
- Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
- Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksik keluar dari liang perpeluhan.
- Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
- Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksik yang perlu dibebaskan.
No comments:
Post a Comment