Kanser payudara merupakan salah satu kanser utama yang sering menyerang wanita Malaysia selain kanser serviks. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan terjadinya kanser payudara. Namun apa yang lebih penting adalah kita mengenalpasti langkah-langkah pencegahan awal melalui pemakanan yang sihat, senaman, mahupun pemeriksaan payudara yang berkala.
Menurut kajian, memakan buah-buhan seperti delima yang mengandungi anti aromatase phytochemicals dapat mengurangkan hormon yang menggalakkan kanser payudara. Hasil kajian yang diterbitkan oleh Cancer Prevention Research, sebuah jurnal yang diterbitkan oleh American Association for Cancer Research.
Phytochemicals di dalam buah delima menyekat pengeluaran estrogen. Ia menghalang percambahan sel kanser payudara dan juga pembesaran ketumbuhan yang bertindakbalas terhadap estrogen.
Kajian yang dijalankan menunjukkan delima mengandungi aktiviti antioksida yang tinggi, dimana secara umumnya menyumbang kepada kandungan polifenol yang tinggi. Asid elagik yang didapati di dalam delima menyekat aromatase, sejenis enzim yang menukarkan androgen kepada estrogen. Aromatase memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan ketumbuhan payudara, oleh itu ia dapat menyekat pembentukan kanser payudara.
[rujukan : Sciencedaily dot com]
[baca : Khasiat Delima]
No comments:
Post a Comment