Centella Asiatica, Indian Pennywort, Gotu Kola, Pegagan, semua nama ini merujuk kepada pegaga.
Pegaga merupakan sejenis tumbuhan tropika asia yang digunakan sebagai herba pencuci darah untuk mengaktifkan organ dan sistem detoks; hati, usus, limpa, buah pinggang dan kulit untuk melancarkan pengaliran dan menyigkirkan toksin yang biasanya terkumpul dalam kulit dan lapisan lemak. Kajian tentang khasiat pegaga dari sudut dermatologi telah banyak dilakukan sejak dahulu lagi dan keberkesanannya sebagai rawatan semulajadi kepada masalah kulit telah terbukti samada dari dalaman atau luaran. Antara masalah kulit yang dapat diatasi dengan pegaga ialah jerawat, ekzema dan psoriasis.
Pegaga membantu mengurangkan bengkak dan meningkatkan aliran darah kepada individu yang mempunyai masalah urat sepeti varicose veins dan veins insufficiency (keadaan dimana urat bersimpul, timbul atau membengkak, kebiasaannya di bahagian kaki dan buku lali. Ini berlaku disebabkan urat tidak dapat mengalirkan darah dengan baik, menyebabkan darah berkumpul di bahagian kaki. Kajian telah mendapati dengan pengambilan pegaga sebanyak 180 mg sehari boleh mengurangkan bengkak, keletihan dan kekejangan kaki yang berpunca daripada tekanan urat disebabkan mungkin dari berdiri terlalu lama (venous hypertension).
[2] Penyembuhan luka
Pegaga digunakan secara tradisional untuk merawat luka ringan kerana kandungan kimianya yang dikenali sebagai triterpenoids dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan kadar antioksida pada kawasan luka, menguatkan kulit dan menambahkan bekalan darah pada kawasan luka tersebut. Satu kajian yang diterbitkan pada 2006 dalam International Journal of Lower Extremity Wounds, kesan pegaga diperhatikan kepada luka yang terdapat pada tikus mendapati luka tersebut yang disapu dengan ekstrak pegaga sembuh jauh lebih cepat daripada luka yang tidak dirawati.
[3] Keresahan (Anxiety)
Triterpenoids yang terdapat dalam pegaga juga boleh membantu untuk mengurangkan keresahan atau dalam bahasa inggeris dipanggil anxiety dan meningkatkan fungsi otak pada individu tertentu. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychopharmacology pada tahun 2000, selepas 30 minit - 1 jam, pesakit yang mengambil satu dos pegaga kurang terkejut dengan bunyi yang baru berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. Kajian ini membuktikan pegaga mempunyai ejen anti-keresahan pada manusia.
[4] Kebaikan lain
Pengamal perubatan herba telah menggunakan pegaga untuk merawat pelbagai jenis penyakit selama beribu-ribu tahun termasuk kusta, ekzema, psoriasis, jangkitan pernafasan, ulser, selsema, hepatitis, sawan, keletihan, demam, asma dan sifilis. Dalam perubatan Cina, Pegaga juga dikenali sebagai herba "mata air kehidupan" kerana ia kononnya meningkatkan usia yang panjang. Banyak pengamal perubatan herba yang memberikan herba ini untuk rawatan insomnia, scleroderma, kanser, gangguan peredaran darah, darah tinggi, kehilangan ingatan, parut dan selulit.
Tidak boleh dinafikan lagi pegaga kaya dengan khasiat terutamanya sebagai makanan awet muda kerana ia tinggi dengan antioksida. Orang-orang pada zaman dahulu mengamalkan memakan pegaga sebagai ulam untuk kesihatan. Tidak hairanlah mereka sentiasa cergas dan sihat walaupun sudah menjangkau umur separuh abad.
Namun kadangkala sukar untuk mendapatkan pegaga pada masa kini, jangan risau! KAPSUL GOTU KOLA GIFFARINE dapat membantu anda mendapatkan khasiatnya dengan mudah!

No comments:
Post a Comment