Apakah dikatakan suplemen atau makanan tambahan?
Kepentingan Suplemen :
(1) Memulih dan Memelihara Kesihatan
- Gaya hidup rakyat yg kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka berpotensi untuk mendapat penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos, dan hormon. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.
(2) Menyingkirkan toksik dalam badan
- Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dgn pengambilan suplemen yg mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.
(3) Mendapatkan berat ideal dan potongan badan yang cantik.
- Pengambilan chitosan dpt membantu mereka yg menglami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan.
(4) Meningkatkan tenaga
- Pengambilan suplemen tertentu mampu meningkatkan tenaga.
(5) Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
- Ambillah suplemen yang berfungsi mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaa buah pinggang. Dengan ini meningkatkan kemampuan penyembuhan daripada penyakit.
Terdapat beberapa keadaan dimana golongan ini lebih memerlukan suplemen adalah seperti berikut :
(1) Wanita hamil
- Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan utk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yg seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum utk membantu pembentukan sistem saraf pusat fetus. Alahan yg sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan suplemen dpt meminimumkan risiko kekurangan nutrien.
(2) Ahli sukan/ atlet
- Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, suplemen diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Suplemen juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripadaa keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplemen juga mampu utk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum.
(3) Golongan pesakit/ kanak-kanak yang tidak sihat
- Kanak-kanak memerlukan suplemen untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yg cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung pada suplemen tertentu unutk terus sihat atau bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu.
(4) Golongan tua
- Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Suplemen seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yang mengalami menopause perlu mengambil hormon progesteron dan estrogen utk mengimbangi ketidakstabilan hormon dalam badan. Golongan tua yg mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsiumdan sebagainya juga digalakkan utk mengambil suplemen.
Oleh itu janganlah kita mengabaikan kepentingan suplemen kerana kemungkinan kita tidak mendapat nutrien yang betul daripada makanan harian kita adalah sangat tinggi. Pilihlah suplemen yang terbaik, lebih semulajadi, selamat dan tidak mengandungi bahan kimia kerana dikhuatiri suplemen yang kita makan tidak bertindak seperti yang sepatutnya bahkan menjadi racun kepada kita tanpa sedar.
No comments:
Post a Comment