Prun

Info Berkenaan Buah Prun



Prun adalah berasal daripada buah plum yang dikeringkan. Ia kenalpasti sebagai salah satu makanan yang mempunyai khasiat paling tinggi. Kebaikan prun yang selalu dibincangkan ialah melegakan sembelit, antioksida, mencegah pra-penuaan, kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser dan osteoporosis.

Buah Plum yang belum dikeringkan menjadi prun
Antara kebaikan prun kepada kesihatan badan.

[1] Melegakan Sembelit :

Sembelit ialah satu keadaan pergerakan usus yang ramai orang alami. Jika anda mengalami kesukaran dalam pergerakan usus atau kesukaran membuang air besar, dimana hanya 2-3 kali dalam seminggu, anda mungkin mengalami sembelit. Keadaan ini mungkin akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang lain jika tidak dirawat. Bagaimana prun dapat mengatasi masalah ini? Prun merupakan buah yang kaya dengan serat. Tubuh tidak boleh memproses serat sepertimana ia memproses makanan lain, jadi serat ini akan terkumpul didalam usus. Serat yang bercampur dengan bahan buangan yang sudah sedia terkumpul di dalam usus akan membuatnya mudah untuk dikeluarkan. Selain itu, serat juga membantu penyerapan air yang akan memudahkan pergerakan usus. Minum air yang banyak dapat membantu prun melakukan tugas melegakan sembelit.


[2] Melindungi jantung :

Selain daripada melegakan sembelit, prun juga dikenalpasti dapat membantu melindungi jantung daripada penyakit. Oleh sebab kandungan antioksida nya tinggi, prun menghalang kolesterol di dalam badan daripada teroksida, seterusnya mencegah pembentukan plak pada arteri. Prun juga kaya dengan potassium yang dapat membantu dalam merendahkan tekanan darah. Saintis juga mengkaji kandungan antioksida yang tertentu di dalam prun yang tidak terdapat di dalam makanan lain.


[3] Kaya dengan sumber vitaminA :

Prun merupakan buah yang kaya dengan vitamin A. Malahan 2 sajian prun sehari sudah melengkapi keperluan vitamin A pada tubuh kita. Seperti yang kita tahu, vitamin A salah satu ejen penting yang memainkan peranan untuk kesihatan kulit. Sebagai antioksida, vitamin A membersihkan sistem badan daripada toksin yang boelh mengakibatkan jerawat, kedutan dan garis halus. Vitamin A juga diperlukan untuk membaiki penglihatan dan meningkatkan imun badan melawan jangkitan kuman.


[4] Mencegah osteoporosis :

Jika anda seorang wanita yang sudah putus haid atau yang sedang memasuki fasa putus haid, anda seharusnya mengambil berat tentang kebarangkalian anda mengalami osteoporosis atau tulang rapuh. Kajian yang dilakukan ke atas haiwan menunjukkan mengambil prun secara tetap menyumbang kepada jisim tulang.


[5] Membantu mengurangkan berat badan :

Prun mengandungi serat yang tinggi dan dapat membantu kita berasa kenyang, seterusnya mencegah sseorang daripada makan berlebihan.

Fakta nutrisi prun :

  • Rendah indeks glisemik - Walaupun prun mengandungi gula ringkas, prun tidak mengakibatkan peningkatan gula dalam darah kerana ia kaya dengan kandungan serat fruktosa dan sorbitol. 
  • Kalori - Prun mengandungi kira-kira 240 kalori setiap 100 gram (67 kalori setiap oz).
  • Macronutrients - Prun kaya dengan karbohidrat dan serat. Sedikit protein dan tiada kandungan lemak.
  • Vitamin - Sebagai sumber vitamin A dan K.
  • Mineral - Sumber potassium , copper, boron dan magnesium.
  • Phenoic Compound - Sumber neochlorogenic dan chlorogenic acid.

Untuk mendapatkan khasiat prun, boleh juga diambil diambil dalam bentuk jus. Ia lebih mudah dinikmati dan sesuai dengan keperluan kita seharian. JUS PRUNUS GIFFARINE adalah 100% jus. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan. Rasa asli prun sangat terserlah!



Peringatan : Bagi pesakit tahap akhir kegagalan buah pinggang, jus ini tidak boleh diambil kerana ia mengandungi potassium yang tinggi. Walaubagaimanapun jus ini tidak kesan sampingan terhadap pengguna biasa walaupun diambil secara kerap, sebaliknya menjadikan mereka bertambah sihat. Jus ini merupakan perawat sembelit semulajadi, sesorang tidak perlu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak supaya tidak mengalami cirit birit. Adalah disarankan bahawa pengmbilan seharian tidak melebihi 15-30cc (1-2 sudu besar) sehari.

No comments:

Post a Comment