Makanan laut mengandungi asid urik yang tinggi |
Penyebab dan Faktor Risiko
Terdapat dua kategori penyakit gout iaitu primer dan sekunder, bergantung kepada tahap ketinggian bacaan asid urik di dalam darah (hyperuricemia). Hampir kebanyakan kes gout primer tidak dapat dipastikan dengan tepat apakah puncanya (idiopathic). Gout primer boleh dikatakan terjadi disebabkan oleh kombinasi genetik, hormon dan faktor pemakanan. Gout sekunder pula disebabkan oleh ubat-ubatan yang dimakan atau digunakan untuk menangani masalah kesihatan. Selain itu, disebabkan oleh kecelaruan metabolisma badan.
Dibawah ialah senarai faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko penyakit gout :
- Umur.
- Lelaki lebih cenderung menghidap gout.
- Mempunyai sejarah gout di dalam keluarga.
- Obesiti.
- Ubat-ubatan termasuk diuretic (pil air), aspirin dos rendah, cyclosporine atau levodopa.
- Ketagihan alkohol.
- Tinggi toksik dalam badan.
- Pemindahan organ.
- Masalah tiroid.
- Lain-lain masalah kesihatan yang serius.
Pesakit gout berisiko tinggi untuk mendapat sindrom kecelaruan metabolisma. ianya merupakan sekumpulan masalah kesihatan seperti obesiti, darah tinggi dan kekurangan kolesterol baik. Sindrom ini juga boleh mengakibatkan pesakit gout berisiko mendapat penyakit berkain jantung dan angin ahmar. Oleh itu, sangat penting bagi mereka mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. faktor risiko dibincangkan dengan lebih terperinci sperti di bawah :
(1) Umur :
Pertengahan - Pesakit biasanya terdiri daripada lelaki dalam lingkungan umur pertengahan 40-an. Meraka kebanyakannya obese, menghidap darah tinggi, tinggi kolesterol dan minum banyak alkohol.
Warga tua - Potensi menghidapi gout adalah sama banyak diantara perempuan dan lelaki. Dalam kumpulan ini, gout biasanya dikaitkan dengan masalah buah pinggang dan penggunaan diuretik. namun kurang dikaitakan dengan pengambilan alkohol berlebihan.
Kanak-kanak - Gout dikalangan kanak-kanak adalah sangat jarang berlaku, kecuali atas faktor genetik.
(2) Jantina :
Lelaki - Golongan lelaki didapati paling berisiko mendapat penyakit gout berbanding wanita. Tahap asid urik meningkat selepas sahaja akil baligh. Sesetengah lelaki Amerika didapati mempunyai tahap asid urik yang lebih tinggi dari normal (hyperuricemia). Simptom gout kebiasaannya akan muncul 20 hingga 40 tahun selepas hyperuricemia yang berulang-ulang. Jadi kebanyakkan mereka mendapat serangan gout pertama pada umur antara 30 dan 50.
Wanita - Risiko bagi wanita yang belum putus haid mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding lelaki. Ini mungkin disebabkan hormon estrogen membolehkan lebih asid urik diekstrak dari buah pinggang. Hanya sebanyak 15% kes gout di kalangan wanita dilaporkan sebelum menopaus. Selepas menopaus risikonya akan meningkat. Pada umur 60 tahun, risiko gout lelaki dan wanita adalah sama. Walaubagaimapun, selepas umur 80 tahun, kes pada wanita melebihi lelaki.
(3) Genetik dan sejarah keluarga :
Sebanyak lebih kurang 20% penghidap gout mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapinya. Terdapat beberapa jenis gen yang dikaitkan dengan metabolisma asid urik dan gout. Sesetengah orang memiliki protein (enzim) yang rosak yang menggangu cara badan memproses purin.
(4) Obesiti :
Saintis telah mendapati hubungan yang jelas diantara berat badan dan tahap asid urik. lebih berat seseorang itu, lebih tinggi peluang mendapat gout. kanak-kanak yang obese berkemungkinan risiko mendapat gout adalah sama dengan orang dewasa.
(5) Ubat-ubatan :
Ubat thiazide diuretik atau pil air digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi. Ubat-ubatan ini secara jelas dikaitkan dengan pembentukan gout. Ramai pesakit yang lebih berusia menghidap gout, mengambil diuretik.
Terdapat juga beberapa ubat-ubatan lain yang berpotensi meningkatkan tahap asid urik dan meningkatkan risiko gout. Termasuklah :
Aspirin - dos yang rendah mengurangkan perkumuhan asid urik dan meningkatkan peluang untuk mendapat hyperuricemia. Mungkin sukar bagi mereka yang lebih berusia yang mengambil aspirin dos rendah untuk melindungi daripada penyakit jantung.
Niacin - digunakan untuk merawat masalah kolesterol.
Pyrazinamide - ubat untuk merawat batuk kering.
(6) Alkohol/minuman keras :
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan risiko gout. Bir merupakan minuman yang kuat kaitannya dengan gout.
(7) Pemindahan organ :
Mereka yang pernah membuat pemindahan buah pinggang berisiko tinggi untuk menghidap gout. Pemindahan organ lain seperti jantung dan hati juga berisiko menghidap gout. Ini kerana pembedahan itu sendiri meningkatkan risiko gout, begitu juga ubat yang digunakan untuk mencegah penolakan organ tersebut.
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan risiko gout. Bir merupakan minuman yang kuat kaitannya dengan gout.
(7) Pemindahan organ :
Mereka yang pernah membuat pemindahan buah pinggang berisiko tinggi untuk menghidap gout. Pemindahan organ lain seperti jantung dan hati juga berisiko menghidap gout. Ini kerana pembedahan itu sendiri meningkatkan risiko gout, begitu juga ubat yang digunakan untuk mencegah penolakan organ tersebut.
(8) Lain-lain penyakit :
Terdapat beberapa rawatan yang boleh meningkatkan kadar asid urik dalam darah yang menyebabkan serangan gout. Antaranya ialah :
- Leukemia
- Lymphoma
- Psoriasis
Terdapat beberapa keadaan yang boleh mencetuskan serangan gout. Antaranya ialah :
- Kecederaan sendi
- Menngambil makanan yang kaya dengan purin
- Penyakit yang teruk atau jangkitan
- Kurang berat badan secara tiba-tiba, berdiet
- Pembedahan
- Terapi radiasi
- Mengambil sesetengah dadah
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Rujukan: Gout | University of Maryland Medical Center http://umm.edu/health/medical/reports/articles/gout#ixzz2j1kfnHIS
University of Maryland Medical Center
No comments:
Post a Comment