1. Rawat Gout
Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman bapa mertua saya yang menghidap masalah gout. Bapa mertua saya, En. Zaini bin Mohd Din sudah lebih 10 tahun menghadapi masalah gout. Serangan gout yang beliau alami boleh dikatakan kerap kerana banyak makanan yang harus dielakkan, namun agak sukar kerana terlalu panjang senarainya. Jadi, apabila beliau mengalami serangan gout, jari tangan, tangan, lengan atau kakinya akan membengkak dan sangat menyakitkan sehingga tidak dapat menggerakkan anggota berkenaan. Kesian sangat sebab ada masanya beliau langsung tak boleh tidur kerana terlalu sakit.
Selama ini, bila saja diserang gout, beliau terpaksa ke klinik untuk mengambil ubat atau mendapatkan suntikan bagi meredakan bengkak. Juga terpaksa makan ubat tahan sakit walaupun tahu ubat tahan sakit tidak baik untuk kesihatan, begitu juga suntikan tersebut kerana mengikut kata doktor boleh merosakkan buah pinggang tetapi tidak ada pilihan lain.
Sehinggalah ada seorang kenalan mertua saya memperkenalkan beliau dengan salah satu produk Giffarine iaitu Kapsul Gotu Kola (berasaskan pegaga). Sebagaimana yang kita tahu, pegaga sangat berkhasiat untuk melancarkan perjalanan darah (rujuk artikel disini). Pertama kali bapa mertua saya mengambil kapsul gotu kola semasa serangan gout pada suatu malam, Alhamdulillah pada keesokan harinya bengkak surut dan beliau sudah boleh membuat kerja. Beliau teruskan mengambil pada hari berikutnya dan bengkak surut sepenuhnya pada hari tersebut. Alhamdulillah.
Kami sekeluarga sangat bersyukur kerana beliau tidak perlu lagi makan ubat atau mengambil suntikan yang membahayakan buah pinggang dari klinik. Kapsul Gotu Kola sebenarnya merupakn suplemen herba semulajadi yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Gotu Kola juga dikatakan makanan untuk otak dan boleh mengelakkan nyanyuk.
--------------------
1. Atasi masalah keputihan
Saya sendiri pernah mengalami masalah keputihan yang menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa. Ubat yang doktor bagi biasanya berkesan untuk beberapa hari saja, dan ia akan datang semula selepas kesan ubat habis. Ianya sangat mengganggu urusan harian saya. Satu lagi, masalah ni menyebabkan muka saya kusam dan tak sihat, biasa lah kan, kalau dalaman tak sihat, akan nampak pada luaran. Saya pun amalkan JUS DELIMA GIFFARINE bila mak mertua dah jadi ahli Giffarine. Saya minum selama 2 minggu saja, masalah keputihan berjaya saya atasi. Syukur sangat sebab dah tak ada rasa gatal-gatal dan tak selesa. Muka pun nampak lebih sihat. Alhamdulillah.
Lepas dah rasa sendiri keberkesanannya, saya pun syorkan JUS DELIMA GIFFARINE pada seorang kenalan saya (nama terpaksa dirahsiakan, hehe) yang juga mengalami masalah keputihan, dia juga berpuas hati sebab selama ni dia susah untuk mengatasi masalah ini. Lepas ambil Jus Delima selama 2 minggu, dia dapati tiada gatal keputihan lagi. Alhamdulillah.
--------------------
TESTIMONI TABLET DELIMA GIFFARINE
1. Membantu mengurangkan lelah, kencing manis dan kurang tenaga.
Seronok sangat bila dapat testimoni yang sangat positif daripada pelanggan. Pelanggan yang saya nak ceritakan ni adalah kawan baik kedua mertua saya. Kami panggil Cik Enon dari flat Seri Kenari Kajang. tak pasti nama penuhnya, mungkin Zainon, hehe, pandai-pandai je saya ni.
Cik Enon berumur dalam lingkungan pertengahan 50-an. Menghidap lelah sejak berpuluh tahun lamanya, kencing manis pula pada pertengahan usia. Urusan dan kerja sehariannya terhad kerana lelah yang dihidapi menyebabkannya cepat penat dan selalu kurang tenaga. Kami syorkan tablet delima, lepas makan satu kotak tablet delima selama sebulan, dia dapat rasakan perubahan yang positif pada dirinya, tak penat macam dulu dan tahap kencing manis turun.
Beliau sangat puas hati, terus order 1 kotak lagi, kemudian satu kotak lagi dan seterusnya, dan sekarang sudah mengambil 5 kotak. Paling mengejutkan, sebelum ni, doktor ada beritahu buah pinggangnya sedikit rosak, tapi lepas amalkan TABLET DELIMA GIFFARINE, doktor sendiri hairan sebab buah pinggangnya normal dan baik. Ahamdulillah.
--------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment