Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
- Mereka yang berat badan agak tinggi
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
- Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
Masalah pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :-
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau "mati pucuk"
- `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk
Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-
- Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
- Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.
Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:
- Cemas.
- Berdebar-debar.
- Berpeluh.
- Menggeletar.
- Terasa lapar.
- Terkeliru.
- Penglihatan kabur.
- Pening lalat.
- Tidak sedarkan diri.
Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:
- Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
- Kerap terasa haus.
- Muntah-muntah.
- Badan semakin kurus.
- Koma.
- Sukar bernafas.
- Sakit perut.
Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.
No comments:
Post a Comment