Monday, 11 November 2013

Bahaya Makanan Segera

Makanan segera memang sedap tapi sangat merbahaya.

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini?

Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif.
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak:
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Friday, 1 November 2013

Kesan Gula Berlebihan Dalam Badan

Dibawah ialah senarai kesan jika gula berlebihan dalam badan :

1.   Melemahkan sistem imunisasi
2.   Mengganggu imbangan galian dalam badan
3.   Kanak-kanak menjadi hyperaktif, gelisah dan nakal
4.   Kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cergas
5.   Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6.   Meningkatkan paras trigliserid
7.   Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8.   Merosakkan buah pinggang
9.   Mengurangkan kolesterol baik (HDL)
10. Meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payudara, ovari, prostat dan dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar), wanita amat berisiko
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan paras glukosa dalam badan dengan lebih cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras sterotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Hipoglisemia
21. Perut berasid
22. Meningkatkan paras drenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepatkan prose penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut
25. Merosakkan gigi
26. Punca utama kepada obesiti
27. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser
28. Bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
29. Artritis
30. Lelah
31. Pembentukan batu dalam ginjal
32. Jangkitan yis dan kandidiasis
33. Pembentukan batu dalam hempedu
34. Sakit jantung iskemik
35. Apendiks
36. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
37. Pendarahan
38. Penyebab vena varikos
39. Meningkatkan tindak balas glukosa insulin kepada pengamal pil pencegah kehamilan
40. Sakit gusi
41. Osteoperosis
42. Air liur berasid
43. Kemerosotan toleransi gula
44. Kemerosotan sensitiviti insulin
45. Mengurangkan hormon tumbesaran
46. Meningkatkan tekanan darah sistolik
47. Mengubah struktur protein sehingga mengganggu serapan protein oleh tubuh
48. Alergi terhadap makanan
49. Kencing  manis
50. Keracunan darah ketika hamil
51. Ekzema pada kanak-kanak
52. Penyakit kardiovaskular
53. Melemahkan struktur DNA
54. Katarak
55. Enfisema
56. Arteriosclerosis
57. Pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
58. Merendahkan kemampuan enzim
59. Penyebab sel hati terbahagi menyebabkan peningkatan sel hati
60. Kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
61. Peningkatan lemak dalam hati
62. Pembesaran saiz buah pinggang
63. Tekanan kepada pankreas dan merosakkannya
64. Peningkatan retensi cecair dalam badan
65. Sembelit
66. Rabun jauh
67. Punca kepada lapisan rerambut
68. Hipertensi
69. Sakit kepala
70. Mengganggu kemampuan berfikir
71. Kemurungan
72. Meningkatkan tindak balas insulin
73. Punca penapaian bakteria dalam usus
74. Ketidakseimbangan hormon
75. Meningkatkan risiko darah beku
76. Meningkatkan risiko alzheimer

Fuhhhh....penat menaip. Panjangkan senarainya? Jadi, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman .:)

Thursday, 31 October 2013

Keburukan Gula




Gula memang sedap rasanya. Rakyat Malaysia menjadikan gula sebagai perisa manis dalam makanan dan minuman. Sebab itu gula dianggap keperluan harian. Tanpa gula, hidup serba tidak menjadi. Sebab itu, apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula yang akan menyebabkan harga gula lebih mahal, maka kebanyakan rakyat menyatakan bantahan.


Tetapi, kebanyakan kita tidak mengetahui bahawa gula tidak berguna dari segi nutrisi. Sebagai sejenis kimia, gula merupakan RACUN bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.

Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan. Jadi, dalam gula tidak ada kandungan vitamin atau mineral asli dari produk asal, contohnya pokok tebu. Penapisan dalam proses menghasilkan gula menyebabkan semua vitamin, mineral, protein, enzim-enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia. Kalau sudah disamakan seperti dadah, ia juga boleh dikategorikan sebagai racun.

Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini. Gula yang tidak dicernakan disimpan sebagai lemak berbahaya di dalam badan. Ia menjadi punca kepada kegemukan dan mendatangkan masalah kepada kesihatan.

Memang badan kita memerlukan glukosa yang terdapat di dalam gula untuk menghasilkan tenaga. Namaun, glukosa yang diperlukan oleh badan juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi. Keperluan badan kepada glukosa sudah mencukupi melalui makanan berkenaan.

Mereka yang mengalami tahap atau paras gula yang lebih tinggi daripada normal akan mengidap atau mengadapi pradiabetes, Mereka tidak lagi dianggap pengidap diabetes, tetapi telah menunjukkan ciri-ciri mengalamai diabetes.

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l). Secara normal, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ketara mengidap diabetes. Jadi, kebanyakan mereka mengidap pradiabetes tidak mengetahui perkara itu. Sebab itu, kita disarankan agar mengadakan pemeriksaan kadar kandungan gula dalam darah.

Pemeriksaan ini amat penting bagi memudahkan mengambil langkah kawalan atau rawatan awal. Jika langkah kawalan tidak dilakuksan segera, mereka yang berada pada paras ini berdepan risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.

Kunci bagi diet yang sihat ialah memakan banyak buah-buahan segar yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari. Diet yang sesuai dapat membantu badan mengimbangi keperluan sebenar badan.

Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih banyak makanan pelbagai warna dalam pinggan anda maka lebih baik untuk anda. Setiap jenis makanan mempunyai kadar nutrin yang berbeza yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan aktiviti atau proses badan.

Kajian Program Pencegahan Diabetes yang telah disiapkan baru-baru ini oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) secara muktamad telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pradiabetes boleh mencegah perkembangan diabetes jenis 2 dengan meningkatkan tahap kegiatan fizikal mereka.

Bahkan mereka mungkin dapat mengembalikan paras glukosa darah mereka ke julat yang normal semula.

Formula multivitamin dan mineral yang berpotensi tinggi merupakan suatu keperluan mutlak bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tinggi termasuk para pesakit diabetes, demi memenuhi keperluan mereka yang kian meningkat terhadap beberapa jenis nutrien.

Dengan membekalkan nutrien-nutrien penting kepada penghidap diabetes dan pradiabetes telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula mereka serta mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh-contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang lebih banyak daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, Vitamin E, Mangan, Vanadil Sulfat, Zink, Kromium dan Selenium.

Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA) iaitu sejenis antioksida yang telah digunakan sejak lebih 30 tahun di Jerman untuk membasmi kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (jenis 1 dan 2).

ALA juga membantu memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot, suatu kegiatan yang penting bagi pesakit diabetes.

Adalah digalakkan mereka yang menghidapi pradiabetes dan diabetes supaya mengambil tambahan ALA (400-600 mg/setiap hari).


Wednesday, 30 October 2013

Gotu Kola Merawat Serangan Gout

Ini merupakan testimoni pertama yang dialami sendiri oleh ahli keluarga saya.

Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman bapa mertua saya yang menghidap masalah gout. Bapa mertua saya, En. Zaini bin Mohd Din sudah lebih 10 tahun menghadapi masalah gout. Serangan gout yang beliau alami boleh dikatakan kerap kerana banyak makanan yang harus dielakkan, namun agak sukar kerana terlalu panjang senarainya. Jadi, apabila beliau mengalami serangan gout, jari tangan, tangan, lengan atau kakinya akan membengkak dan sangat menyakitkan sehingga tidak dapat menggerakkan anggota berkenaan. Kesian sangat sebab ada masanya beliau langsung tak boleh tidur kerana terlalu sakit.

Selama ini, bila saja diserang gout, beliau terpaksa ke klinik untuk mengambil ubat atau mendapatkan suntikan bagi meredakan bengkak. Juga terpaksa makan ubat tahan sakit walaupun tahu ubat tahan sakit tidak baik untuk kesihatan, begitu juga suntikan tersebut kerana mengikut kata doktor boleh merosakkan buah pinggang tetapi tidak ada pilihan lain.

Sehinggalah ada seorang kenalan mertua saya memperkenalkan beliau dengan salah satu produk Giffarine iaitu Kapsul Gotu Kola (berasaskan pegaga). Sebagaimana yang kita tahu, pegaga sangat berkhasiat untuk melancarkan perjalanan darah (rujuk artikel disini). Pertama kali bapa mertua saya mengambil kapsul gotu kola semasa serangan gout pada suatu malam, Alhamdulillah pada keesokan harinya bengkak surut dan beliau sudah boleh membuat kerja. Beliau teruskan mengambil pada hari berikutnya dan bengkak surut sepenuhnya pada hari tersebut.

Kami sekeluarga sangat bersyukur kerana beliau tidak perlu lagi makan ubat atau mengambil suntikan yang membahayakan buah pinggang dari klinik. Kapsul Gotu Kola sebenarnya merupakn suplemen herba semulajadi yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Gotu Kola juga dikatakan makanan untuk otak dan boleh mengelakkan nyanyuk.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Bagaimana Mengawal Dan Merawat Serangan Gout

Bagaimana untuk mengawal dan merawat gout adalah dua perkara yang berbeza dan penting dalam keadaan tertentu bagi setiap satunya.

Terdapat beberapa langkah pengawalan yang boleh diikuti untuk mencegah serangan gout. Di antaranya ialah :

(1) Mengawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang. Mengurangkan atau mengelakkan terus daripada mengambil makanan tersebut bergantung kepada tahap kronik gout seseorang dan biasanya pesakit boleh kenalpastinya melalui pengalaman beberapa kali serangan.

(2) Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil bergantung pada tahap asid urik anda.

(3) Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

(4) Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

(5) Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol. 

(6) Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang. 

(7) Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.

(8) Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek. 

(9) Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.

Disamping itu, kurangkan membuat aktiviti tertentu dalam posisi yang sama dalam masa yang lama. Contohnya, duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama atau berjalan jauh. Amalkan senaman ringan yang tidak memudaratkan.


Susu rendah lemak elak serangan gout

Minum banyak air berkesan merawat gout












Rawatan serangan gout.

Jika anda sedang diserang gout, apakah pula yang anda boleh buat untuk mengurangkannya? Kunci kepada rawatan serangan gout ialah, cuba kurangkan keradangan secepat mungkin! dimana akan dapat melegakan kesakitan dan menamatkan penderitaan dengan lebih cepat! Antaranya iailah :

(1) Mengambil pil anti keradangan sejurus serangan gout.

Ubat ini dapat meredakan gout dengan cepat, terutamanya jika diambil secepat mungkin. Biasanya jika anda disahkan menghidap gout, doktor akan membekalkan ubat anti keradangan untuk anda simpan sebagai stok sekiranya anda diserang gout.

(2) Tekapkan tempat yang bengkak dengan ais.

Namun kaedah ini berkesan untuk sementara waktu. Jadi sesuai dilakukan sebelum anda sempat mengambil ubat anti keradangan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.