Gula memang sedap rasanya. Rakyat Malaysia menjadikan gula sebagai perisa manis dalam makanan dan minuman. Sebab itu gula dianggap keperluan harian. Tanpa gula, hidup serba tidak menjadi. Sebab itu, apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula yang akan menyebabkan harga gula lebih mahal, maka kebanyakan rakyat menyatakan bantahan.
Tetapi, kebanyakan kita tidak mengetahui bahawa gula tidak berguna dari segi nutrisi. Sebagai sejenis kimia, gula merupakan RACUN bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.
Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan. Jadi, dalam gula tidak ada kandungan vitamin atau mineral asli dari produk asal, contohnya pokok tebu. Penapisan dalam proses menghasilkan gula menyebabkan semua vitamin, mineral, protein, enzim-enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.
Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia. Kalau sudah disamakan seperti dadah, ia juga boleh dikategorikan sebagai racun.
Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini. Gula yang tidak dicernakan disimpan sebagai lemak berbahaya di dalam badan. Ia menjadi punca kepada kegemukan dan mendatangkan masalah kepada kesihatan.
Memang badan kita memerlukan glukosa yang terdapat di dalam gula untuk menghasilkan tenaga. Namaun, glukosa yang diperlukan oleh badan juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi. Keperluan badan kepada glukosa sudah mencukupi melalui makanan berkenaan.
Mereka yang mengalami tahap atau paras gula yang lebih tinggi daripada normal akan mengidap atau mengadapi pradiabetes, Mereka tidak lagi dianggap pengidap diabetes, tetapi telah menunjukkan ciri-ciri mengalamai diabetes.
Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l). Secara normal, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ketara mengidap diabetes. Jadi, kebanyakan mereka mengidap pradiabetes tidak mengetahui perkara itu. Sebab itu, kita disarankan agar mengadakan pemeriksaan kadar kandungan gula dalam darah.
Pemeriksaan ini amat penting bagi memudahkan mengambil langkah kawalan atau rawatan awal. Jika langkah kawalan tidak dilakuksan segera, mereka yang berada pada paras ini berdepan risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.
Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.
Kunci bagi diet yang sihat ialah memakan banyak buah-buahan segar yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari. Diet yang sesuai dapat membantu badan mengimbangi keperluan sebenar badan.
Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih banyak makanan pelbagai warna dalam pinggan anda maka lebih baik untuk anda. Setiap jenis makanan mempunyai kadar nutrin yang berbeza yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan aktiviti atau proses badan.
Kajian Program Pencegahan Diabetes yang telah disiapkan baru-baru ini oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) secara muktamad telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pradiabetes boleh mencegah perkembangan diabetes jenis 2 dengan meningkatkan tahap kegiatan fizikal mereka.
Bahkan mereka mungkin dapat mengembalikan paras glukosa darah mereka ke julat yang normal semula.
Formula multivitamin dan mineral yang berpotensi tinggi merupakan suatu keperluan mutlak bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tinggi termasuk para pesakit diabetes, demi memenuhi keperluan mereka yang kian meningkat terhadap beberapa jenis nutrien.
Dengan membekalkan nutrien-nutrien penting kepada penghidap diabetes dan pradiabetes telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula mereka serta mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.
Contoh-contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang lebih banyak daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, Vitamin E, Mangan, Vanadil Sulfat, Zink, Kromium dan Selenium.
Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA) iaitu sejenis antioksida yang telah digunakan sejak lebih 30 tahun di Jerman untuk membasmi kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (jenis 1 dan 2).
ALA juga membantu memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot, suatu kegiatan yang penting bagi pesakit diabetes.
Adalah digalakkan mereka yang menghidapi pradiabetes dan diabetes supaya mengambil tambahan ALA (400-600 mg/setiap hari).
No comments:
Post a Comment