Monday, 28 October 2013

Apakah Penyakit Gout?

Asid Urik dala bentuk kristal telah termendap di dalam sendi

Perkataan arthritis adalah berasal dari perkataan arthro iaitu sendi dan itis pula adalah keradangan. Gout adalah sejenis penyakit dari kelompok penyakit arthritis yang mana ia merupakan penyakit di kalangan keluarga rheumatism disorder atau penyakit sendi. Didalam kelompok arthritis terdapat pelbagai arthritis yang biasa dijumpai iaitu osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout arthritis dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba, kekejangan dan bengkak dalam sendi, biasanya ia menyerang sendi-sendi di jari kaki, buku lali serta lutut. Serangan ini boleh berlaku berulang kali kecuali ia dirawat sebaiknya. Dalam masa yang sama ia mampu untuk memudaratkan sendi, tendon dan tisu lembut yang lain.

Apakah yang menyebabkan terjadinya gout?

Gout arthritis ataupun lebih mudah dipanggil sebagai gout boleh berlaku disebabkan oleh terlalu banyak kandungan asid urik dalam darah. Apabila tahap asid urik di dalam darah adalah terlalu tinggi, asid urik tersebut boleh termendap dan membentuk kristal yang keras dalam sendi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi untuk mendapat arthiritis adalah disebabkan mempunyai berat badan yang berlebihan, minum terlalu banyak alkohol, atau makan terlalu banyak purin iaitu bahan kimia yang terdapat dalam makanan bersumberkan protein daging dan ikan.

Apakah simptom bagi penyakit gout?

Simptom paling lazim yang berlaku kepada pesakit yang menghidapi arthritis adalah mengalami serangan sakit, bengkak,kemerahan, dan sakit pada ibu jari pada waktu malam. Serangan juga boleh berlaku pada bahagian kaki, buku lali, atau lutut. Tempoh serangan boleh menjangkau sehingga beberapa minggu sebelum
kesakitan yang berlaku hilang dan pesakit berada dalam keadaan selesa seperti sediakala. Diagnosis biasa yang dijalankan bagi menentukan seseorang itu menghidap penyakit gout adalah dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian fizikal. Pegawai perubatan akan mengambil sampel darah dan melaksanakan ujian darah untuk mengukur jumlah asid urik dalam darah pesakit yang dikenalpasti. Terdapat juga kaedah
yang lain dimana pesakit akan di diagnosis melalui beberapa modaliti radiographi contohnya seperti pengimbas Pengimejan Resonan Megnatik (MRI), Pengimbas Sinar X (X ray) dan Pengimbas Ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat pembentukan kristal pada sendi.

No comments:

Post a Comment