Serangan gout atau dikenali guna sebagai athritis gout, adalah sukar untuk dijangka. Ia membuatkan sukar untuk pesakit mengatasinya. Kita juga mungkin akan terkejut apabila suatu hari, kita tiba-tiba mengalami sakit sendi untuk pertama kali dan kemudian menjadi kerap. Serangannya sentiasa mengejutkan walaupun pesakit sudah beberapa kali diserang gout kerana pesakit tidak dapat mengagak bilakah serangan yang seterusnya.
Ia terjadi apabila asid urik dalam darah terlalu pekat, ia akan menghablur di bahagian sendi, tisu lembut, rawan dan buah pinggang lalu menyebabkan keradangan. Peringkat awal serangan gout adalah dibahagian buku lali, lama-kelamaan, sendi-sendi di jari, lutut, malah tisu-tisu lembut di daun telinga turut diserang. Pada tahap serius, bahagian-bahagian ini akan menjadi merah, bengkak, dan penghidap akan berasa teramat sakit biasanya pada tengah malam. Masalah gout yang tidak dirawat boleh menyebabkan buah pinggang mengalami kerosakan serius.
Didalam kebanyakan keadaan (namun bukan kesemuanya), pesakit dapat mengenalpasti apakah punca serangan tersebut. Mungkin dari pemakanan, pergerakan fizikal atau faktor lain yang mengakibatkannya.
Kedua-dua gambar diatas menunjukkan keadaan dimana apabila gout menyerang. Tangan dan kaki menjadi bengkak kerana asid urik yang berlebihan telah menyebabkan perjalanan darah tidak lancar seperti yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment